Sunday, 25 January 2015

Lagenda Cordyceps - Herba Diraja

Cordyceps Liar

Cordyceps merupakan sejenis cendawan yang berharga, jarang dijumpai dan dianggap sebagai ubat eksotik di China. Dalam jangka dua dekad ini, orang Barat bermula mengetahui herba ini. Melalui penyelidikan saintifik moden, cendawan Cordyceps telah dibuktikan kekuatan penyembuhan ajaibnya. Pada hakikatnya, pengamal kesihatan China telah mencatat kesan perubatannya selama berabad-abad.

Lagenda dan mitos penyembuhan cendawan ini amat dihormati sejak ribuan tahun dahulu. Nota bertulis pertama menganai cendawan Cordyceps adalah pada tahun AD620, semasa Dinasti Tang di China. Pada masa itu, cendawan ini dianggap sebagai "Makhluk Ajaib" disebabkan transformasinya dari haiwan ke tumbuhan. Mahasiswa Tibet mencatatkan cendawan Cordyceps berhidup sebagai serangga pada musim dingin, tetapi akan bertukar menjadi tumbuhan pada musim panas. Pada zaman dahulu, cordyceps dikenali sebagai ubat kerabat diraja kerana harganya yang amat mahal. Ianya terkenal dengan kesan baiknya terhadap penyakit berkaitan paru-paru, ginjal dan kelemahan batin.

Kini, sumber utama cendawan cordyceps berasal di China terutamanya di wilayah barat seperti Qinghai-Tibet dan Dataran tinggi Yunnan-Guizhou. China merangkumi lebih kurang 60 spesies daripada jumlahnya 300 di dunia. Antaranya yang paling dikenali adalah Cordyceps Sinensis. Selaras dengan perkembangan bioteknologi, Cordyceps Militaris iaitu cordyceps dikultur telah terhasil dan menyumbang kepada nutrie yang tinggi untuk kesihatan manusia.

Cordyceps dikultur

Laporan saintifik dari Yang tze Delta Religion Institute of Tsinghua University, Zhejiang Delta menunjukkan cordyceps kultur mengandungi asid nukleik utama yang lebih tinggi melalui kaedah bioteknologi seperti berikut. Jika dibandingkan pelbagai cordyceps liar yang berasal di Yusha, Huangzhong dan Tibet, cordyceps kultur dibuktikan lebih kaya adenosine, guanosine dan uridine.

Ini membuktikan bahawa unsur-unsur yang terdapat dalam cordyceps dapat bertindak sebagai pro-seksual, anti-inflamasi, anti-oksida, anti-tumor dan sebagainya. Antaranya, terdapat lebih daripada 21 klinikal jurnal yang menyumbang bioaktivity Cordyceps berperanan penting bagi kekuatan sistem keimunan, paru-paru dan buah pinggang. Dengan kata lain, kegiatan synergis cordyceps tersebut merupakan pelindung semulajadi manusia pada saban hari. Cordyceps dikelaskan sebagai herbal OTC (over the counter) yang menyenangkan pelanggan membeli, mengambil dan menikmati keberkesanannya dalam menjaga kesihatan.

Kebaikan Cordyceps Kultur :
  1. Asid nukliek mampu bertindak sebagai tonik untuk merangsang kekuatan batin manusia.
  2. Herba ini diambil oleh pelari wanita dari negara China untuk acara olohraga dan berjaya memecahkan rekod dunia (1993)
  3. Dibuktikan sebagai agen anti-kanser, anti-tumor dan anti-infleksi
  4. Anti tekanan semulajadi
  5. Sebagai pembina darah - amat baik untuk anemia
  6. Mengaktifkan sistem keimunan.
Untuk maklumat lanjut tentang produk berasaskan cordyceps layari blog www.kopidiraja.blogspot.com

No comments:

Post a Comment